Powered By Blogger

Wednesday, 18 April 2012

CHELSEA VS BARCELONA 2011/12

Peringkat separuh akhir Liga Juara Juara Eropah menyaksikan pasukan Chelsea sekali lagi terpaksa menerima hakikat kerana telah diundi bersama pasukan terbaik 3 atau 4 musim yang lalu Barcelona.Pertembungan Chelsea bertemu Barcelona bukannya sesuatu yang luar biasa kerana mereka pernah bertemu di peringkat yang pada Liga Juara Juara Eropah pada tahun 2009.Pada pertembungan yang dramatik itu menyaksikan pasukan Chelsea yang dibimbing oleh pelatih sementara mereka pada masa itu Guus Hiddink.Perlawanan yang dipenuhi dengan banyak kontroversi itu menyaksikan Chelsea terpaksa menelan hakikat bahawa mereka tumpas dengan peraturan gol tempat lawan.Sudah tiga tahun berlalu pasukan bimbingan Roberto Di Matteo akan bertemu pasukan Pep Guardiola sekali lagi.Walaupun ramai yang meramalkan THE CATALANS bakal memenangi perlawanan ini dengan mudah tetapi pemain pemain pasukan chelsea begitu yakin bahawa mereka mampu menyingkirkan pasukan terbaik dunia ketika ini Barcelona.Walaupun Barcelona dikemudi oleh pemain terbaik dunia Leo Messi ,pemain Chelsea seperti Didier Drogba juga mampu memainkan peranan yang lebih hebat lagi.Pertembungan ini juga bakal menyaksikan dua pemain Didier Drogba dan Leo Messi akan bertemu sesama sendiri di Stamford Bridge.

Thursday, 29 December 2011

SAFIQ RAHIM ANTARA PEMAIN TENGAH TERBAIK DUNIA

Siapa tak kenal Safiq Rahim?Pemain tengah pasukan selangor dan kebangsaan.Safiq juga turut diselubungi dengan tanggungjawab yang lebih besar iaitu sebagai kapten pasukan kebangsaan.Safiq merupakan idola yang harus dicontohi oleh semua anak anak muda yang ingin menjadi pemain tengah yang lebih berkeliber.Antara kelebihan yang Safiq ada ialah dapat melakukan percubaan yang boleh mengegarkan jaring.
Antara gol yang menarik dan terbaik dijaringkan oleh Safiq Rahim ketika menewaskan pasukan korea bwh 23 setelah sekian lama ketinggalan kepada pasukan yang sentiasa menempatkan diri mereka ke Piala Dunia.Namun  Safiq juga pernah dikritik hebat semasa prestasi pasukan Selangor terumbang ambing semasa saingan Piala Malaysia 2011.
Antara gol terbaik yang tidak dapat dilupakan oleh Safiq ketika menentang pasukan liverpool.Gol ini telah membuka mata banyak orang tentang kewibawaanya.Ketiadaan Safiq pasti menyebabkan pasukan Malaysia tidak dapat merancang terutama semasa menyerang.Ini terbukti semasa pasukan Malaysia dibelasah teruk Australia 5-0.Saya pasti jika adanya Safiq pasti pasukan Malaysia mampu memberikan saingan kepada pasukan yang digelar socceroos .Safiq boleh digelar sebagai PLAYMAKER dalam pasukan kebangsaan.
Saya juga menjangkakan pemain ini sebagai antara pemain terbaik dunia kerana mempuyai skill yang lebih baik sebagai perancang.

Wednesday, 21 December 2011

MISI PINGAT EMAS PERTAMA DI SUKAN OLIMPIK

 DATO LEE CHONG WEI(BADMINTON)
Jika kita mengatakan impian di pingat emas di sukan olimpik pasti nama Dato Lee Chong Wei pasti menjadi sebutan rakyat.Dato Lee Chong Wei amat diperlukan untuk merealisasikan peluang kita di Sukan Olimpik dalam misi mengejar pingat emas kita.Namun ada beberapa faktor yang mengusarkan kita.Antaranya kebangkitan pemain pemain dari negara tembok besar China.Sebut sahaja Lin Dan amat mengusarkan Dato  Lee Chong Wei..Selain itu,kebangkitan seorang lagi pemain muda dari CHINA iaitu CHEN LONG juga perlu diawasi oleh Dato Lee Chong Wei.Apatah lagi,Dato Lee Chong Wei sudah kalah beberapa kali dengan pemain yang berusia 22 tahun tersebut .Tetapi persembahan Dato Lee Chong Wei denagan pemain muda ini tidak boleh dipertikaikan lagi ,kerana persembahan Dato Lee Chong Wei amat baik ketika berdepan Chen Long ..
Apakah Dato Lee Chong Wei perlu lakukan bagi mengalahkan dua pemain China ini?
Pada pendapat saya Dato Lee Chong Wei perlu kembali bersama Haji Misbun Sidek.Ini kerana Misbunlah yang telah memberi tunjuk ajar dan menjadikan Dato Lee Chong Wei menjadi antara pemain badminton yang paling digeruni di persada antarabangsa.
Selain itu,Dato Lee Chong Wei juga perlu bijak memilih kejohonan untuk disertai pada tahun 2012.Hal ini demikian,Sukan Olimpik hanya tinggal tujuh bulan dan Dato Lee Chong Wei memerlukan rehat yang secukupnya.Rehat bukan sahaja akan membantu dia dari segi fizikal sahaja mental pun dapat ditingkatkan dalam masa tujuh bulan ini.Penyediaan mental amat penting untuk Dato Lee Chong Wei untuk menghadapi kejohonan Sukan Olimpik London.Tambahan pula,Dato Lee Chong Wei juga perlu lebih bijak dalam gelanggang.Bijak bermaksud Dato Lee Chong Wei perlu lebih bermain dengan mental dua pemain China tersebut.Ini tidak sama sekali dilakukan oleh Dato Lee Chong Wei semasa di gelanggang manakala senjata ini amat membantu kepada dua orang pemain dari China Lin Dan dan Chen long.
Untuk merealisasikan impian merangkul pingat emas pertama Dato Lee Chong Wei perlu menghadapi pelbagai cabaran hidup.Jomlah kita bersama sama kurangkan tekanan Dato Lee Chong Wei tanpa tidak banyak memperkatakan kekalahan Dato Lee Chong Wei kepada Chen Long dan Lin Dan.Bagi saya Dato Lee Chong Wei merupakan pemain yang menjadi wira dan ikon Malaysia yang tiada tandingannya.

Tuesday, 20 December 2011

BILAKAH PASUKAN MALAYSIA BAKAL KE KEJOHANAN PIALA DUNIA ANTARA KELAB?

BILAKAH PASUKAN DARI MALAYSIA BAKAL MENJEJAKKAN KAKI DALAM KEJOHANAN INI.HARAPAN INI BUKAN SENANG UNTUK DIREALISASIKAN .APATAH LAGI KITA MASIH DI AFC CUP DAN STANDARD LIGA KITA MASIH JAUH DARIPA NEGARA NEGARA DARI ASEAN LAGI IAITU INDONESIA,THAILAND DAN SINGAPORE.KITA HARUS SEGERA BANGKITA DARIPADA LAMUNAN INI AGAR MELAYAKKAN DIRI KITA KE AFC CHAMPIONS LEAGUE .USAHA INI PERLU BERMULA DARI AFC CUP LAGI.PASUKAN KELANTAN DAN TERENGGANU PERLU MELAKUKAN YANG TERBAIK SEMASA MENYERTAI PIALA AFC CUP TAHUN INI.MEREKA PERLU MENGANGGAP KEJOHONAN TERSUBUT SEBAGAI PLATFORM TERBAIK UNTUK MENAIKKAN MUTU LIGA MALAYSIA KITA YANG SEDANG DIPANDANG ENTENG LAGI.KEHADIRAN SEMULA PEMAIN IMPORT DALAM KANCAH LIGA MALAYSIA INI MERUPAKAN SATU IDEA YANG BAIK DAN PERLU DITERUSKAN KERANA KEHADIRAN PEMAIN IMPORT INI DAPAT MENINGKATKAN MUTU LIGA MALAYSIA.WALAUPUN BANYAK PERSOALAN TIMBUL ANGKARA FAM MEMBENARKAN KEHADIRAN SEMULA PEMAIN IMPORT TETAPI KITA PERLU FIKIR DENGAN CARA YANG POSITIF.KITA PERLU TAHU BAHAWA SEMUA PASUKAN YANG BERTANDING DALAM AFC CUP MENGGUNAKAN PEMAIN IMPORT.USAHA KELANTAN YANG MEMBAWA MASUK 4 PEMAIN IMPORT SEMATA MATA UNTUK AFC CUP HARUS DIPUJI KERANA MEREKA BOLEH MEMBERIKAN IMPAK YANG BAIK DAN DITAMBAH DENGAN KEHADIRAN PEMAIN PEMAIN PROLIFIK SEPERTI INDRA PUTA,MORSHAHRUL IDLAN,NORFARHAN ,AZIZI ,PIYA DAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT MUNGKIN BOLEH MENJADIKAN PASUKAN KELATE SEBAGAI PASUKAN YANG TERKUAT DALAM KEJOHOHAN INI.SEMENTARA ITU PASUKAN TERENGGANU JUGA BOLEH DIPANDANG SEBAGAI SATU PASUKAN YANG BOLEH MEMBERIKAN SAINGAN.TERENGGANU HANYA MENGAMBIL DUA PEMAIN IMPORT DALAM KEJOHONAN INI DAN DITAMBAH KEHADIRAN PEMUSNAH PEMUSNAH TERHEBAT MEREKA DIKETUAI OLEH ASHAARI , JOSEPH KALLANG TIE ,MANAF, ABDUL HADI YAHYA DAN RESHAFIQ ALWI BOLEH MELETAKKAN SANDARAN KEPADA PASUKAN INI.KEHADIRAN PEMAIN IMPORT BOLEH MEMBERIKAN IMPAK INI DIBUKTIKAN SEMASA TIGA PEMAI IMPORT MENYERLAH SEMASA KEDAH MELAWAN PASUKAN PASUKAN DARI ASIA

DIHARAPKAN PASUKAN KELANTAN DAN TERENGGANU MAMPU MELAYAKKAN DIRI MEREKA KE 16 PASUKAN TEBAIK SEBAGAI JUARA KUMPULAN MASING MASING.DENGAN MENJUARAI AFC CUP KITA MUNGKIN BOLEH MENDAPATKAN PELUANG UNTUK BERTANDING DALAM AFC CHAMPION LEAGUE YANG MENYAMAI UEFA CHAMPION LEAGUE.

Monday, 19 December 2011

BADROL BAKHTIAR

PEMAIN YANG BAKAL MENGEGAR LIGA MALAYSIA TAHUN DEPAN..GO BAD GO