Powered By Blogger

Wednesday, 21 December 2011

MISI PINGAT EMAS PERTAMA DI SUKAN OLIMPIK

 DATO LEE CHONG WEI(BADMINTON)
Jika kita mengatakan impian di pingat emas di sukan olimpik pasti nama Dato Lee Chong Wei pasti menjadi sebutan rakyat.Dato Lee Chong Wei amat diperlukan untuk merealisasikan peluang kita di Sukan Olimpik dalam misi mengejar pingat emas kita.Namun ada beberapa faktor yang mengusarkan kita.Antaranya kebangkitan pemain pemain dari negara tembok besar China.Sebut sahaja Lin Dan amat mengusarkan Dato  Lee Chong Wei..Selain itu,kebangkitan seorang lagi pemain muda dari CHINA iaitu CHEN LONG juga perlu diawasi oleh Dato Lee Chong Wei.Apatah lagi,Dato Lee Chong Wei sudah kalah beberapa kali dengan pemain yang berusia 22 tahun tersebut .Tetapi persembahan Dato Lee Chong Wei denagan pemain muda ini tidak boleh dipertikaikan lagi ,kerana persembahan Dato Lee Chong Wei amat baik ketika berdepan Chen Long ..
Apakah Dato Lee Chong Wei perlu lakukan bagi mengalahkan dua pemain China ini?
Pada pendapat saya Dato Lee Chong Wei perlu kembali bersama Haji Misbun Sidek.Ini kerana Misbunlah yang telah memberi tunjuk ajar dan menjadikan Dato Lee Chong Wei menjadi antara pemain badminton yang paling digeruni di persada antarabangsa.
Selain itu,Dato Lee Chong Wei juga perlu bijak memilih kejohonan untuk disertai pada tahun 2012.Hal ini demikian,Sukan Olimpik hanya tinggal tujuh bulan dan Dato Lee Chong Wei memerlukan rehat yang secukupnya.Rehat bukan sahaja akan membantu dia dari segi fizikal sahaja mental pun dapat ditingkatkan dalam masa tujuh bulan ini.Penyediaan mental amat penting untuk Dato Lee Chong Wei untuk menghadapi kejohonan Sukan Olimpik London.Tambahan pula,Dato Lee Chong Wei juga perlu lebih bijak dalam gelanggang.Bijak bermaksud Dato Lee Chong Wei perlu lebih bermain dengan mental dua pemain China tersebut.Ini tidak sama sekali dilakukan oleh Dato Lee Chong Wei semasa di gelanggang manakala senjata ini amat membantu kepada dua orang pemain dari China Lin Dan dan Chen long.
Untuk merealisasikan impian merangkul pingat emas pertama Dato Lee Chong Wei perlu menghadapi pelbagai cabaran hidup.Jomlah kita bersama sama kurangkan tekanan Dato Lee Chong Wei tanpa tidak banyak memperkatakan kekalahan Dato Lee Chong Wei kepada Chen Long dan Lin Dan.Bagi saya Dato Lee Chong Wei merupakan pemain yang menjadi wira dan ikon Malaysia yang tiada tandingannya.

No comments:

Post a Comment